Wednesday, September 26, 2012

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BANDAR MAS


JKKMB Bandar Mas ditubuhkan pada tahun 1985 dan bertujuan untuk
membantu penduduk memajukan masyarakat kawasan penempatan bandar dari aspek pembangunan ummah dan fizikal bandar baru. Bandar Mas ini merupakan bandar baru yang dilahirkan oleh pengurusan KEJORA yang menempatkan penduduk yang datang dari berbagai pelusuk Negeri Johor. Pada mulanya penduduk nya adalah terdiri dari 80 peratus pekerja ladang JTOP dan 10 peratus kakitangan awam.Pekerjaan utama  penduduk disini adalah sebagai buruh ladang JTOP. Bilangan rumah pada masa itu ialah 320 rumah kos murah (FASA 1) Kawasan penempatan Bandar Mas ini berhampiran dengan penempatan Felda Papan Timor dan Felda Sungai Mas.

 

1.  Luas Kawasan :   638 ekar
      2.  Jumlah rumah  :  520 buah + 110 buah (Rumah Baru) = 630  buah
      3.  Jumlah Penduduk : 1504 orang (Bancian tahun 2010)
      4.  Jarak dari Kota Tinggi   : 40 Km.
      5.  Jarak dari Sungai Rengit       : 38 Km
     6.  Kemudahan Pendidikan

                6.1 Sekolah Menengah                   1 buah
                6.2 Sekolah Rendah                        1 buah
                6.3 Sekolah Agama                         1 buah
                6.4 Tadika Kemas                            1 buah
            6.5 Bangunan Sosial JKKMB Bandar Mas      1 buah

7.  Kemudahan tempat beribadat

7.1 Masjid                                                1 buah

    8.  Kemudahan aktiviti sukan dan Rekreasi

8.1 Dewan Badminton                             2 buah
                      8.2 Padang bola                                      2 buah            
                      8.3 Taman permainan kanak kanak        3 buah
                      8.4 Gelanggang Futsal                            1 buah

    9.  Kemudahan Perniagaan

            9.1 Gerai                                                 10 buah
                 9.2 Kedai                                                 20 buah
                 9.3 Bangunan IKS                                   4 buah


10.Kemudahan Asas Yang Lain

                10.1 Kemudahan Jalan raya
                10.2 Kemudahan Bekalan Elektrik
                10.3 Kemudahan Bekalan Air Terawat

 

No comments:

Post a Comment