| |
| | |
| 6. | Berhubung rapat dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain untuk tujuan mengeratkan perpaduan. |
| | |
| 7. | Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengadakan rancangan-rancangan dan kegiatan-kegiatan keagamaan untuk meningkatkan keimanan di hati penduduk dengan tujuan menegakkan syiar Islam dan menjadikan peraturan Agama Islam sebagai cara hidup seharian. |
| | |
| 8. | Mengenalpasti kekuatan dan ciri-ciri positif yang terdapat di bandar-bandar dan menggunakannya dengan baik untuk membangunkan bandar disamping menghapuskan sikap suka meminta-minta atau mengharap bantuan dari luar sahaja. |
| | |
| 9. | Memastikan penjagaan, penggunaan dan penyelenggaraan yang baik dan berkesan ke atas kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di bandar-bandar dan juga bangunan-bangunan atau alat kelengkapan yang digunakan oleh orang ramai. |
| | |
| 10. | Faham tentang dasar-dasar KEJORA dan Kerajaan, matlamat-matlamat pembangunan dan cara pentadbiran KEJORA dan Kerajaan serta bersedia untuk memberikan penjelasan-penjelasan mengenainya kepada penduduk apabila diminta dan dikehendaki. |
| | |
| 11. | Sentiasa peka terhadap apa juga perkembangan atau kejadian-kejadian yang berlaku di bandar seperti kejadian jenayah, pendatang haram, kegiatan agama yang menyeleweng, wabak penyakit atau apa jua masalah dan isu serta mengambil tindakan dengan segera seperti menghubungi Jabatan-Jabatan yang berkenaan dengan tujuan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. |
| | |
| 12. | Sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan Penghulu-Penghulu dan Jabatan-Jabatan Kerajaan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Pertanian, Jabatan Bekalan Air, Balai Polis dan sebagainya agar masalah-masalah di bandar-bandar tersebut dapat diuruskan dengan jabatan berkenaan. |
| | |
| 13. | Melalui kegiatan JKKMB bekerjasama serapat-rapatnya dengan Kerajaan untuk membanteras musuh-musuh negara. |
No comments:
Post a Comment