Wednesday, September 26, 2012

SENARAI NAMA PENGERUSI JKKMB BANDAR MAS


1 .TUAN HJ. ABAS BIN SAWAN                         1985 – 1990
           2 TUAN HJ. SHAMSUDDIN BIN HASSAN          1991 – 1999
           3 EN ROHANI BIN BERAK                                  2000 – 2008
           4 EN HAMZAH BIN HJ. ISA                                 2010 - 2012

 
       SENARAI NAIB PENGERUSI JKKMB BANDAR MAS  1985 – 2012

         1 TUAN HJ. SALLEH B. QURAISY                   1985 – 1988
             2 TUAN HJ. ABD. RAHMAN B. ABDULLAH     1989 -  1990
             3 TUAN HJ. SAMURI BIN SAIMON                  1991 – 1995
             4 TUAN HJ. FAZOLI BIN YUSOF                     1996 – 2000
            5 TUAN HJ. SAMURI BIN SAIMON                   2001 – 2002
            6 TUAN HJ. ANWAL BIN MOHD JUAH             2003 – 2006
            7 EN. M. SAID BIN SAHMAT                             2007 – 2009
            8 TUAN HJ. ANWAL BIN MOHD JUAH              2010 - 2012

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BANDAR MAS


JKKMB Bandar Mas ditubuhkan pada tahun 1985 dan bertujuan untuk
membantu penduduk memajukan masyarakat kawasan penempatan bandar dari aspek pembangunan ummah dan fizikal bandar baru. Bandar Mas ini merupakan bandar baru yang dilahirkan oleh pengurusan KEJORA yang menempatkan penduduk yang datang dari berbagai pelusuk Negeri Johor. Pada mulanya penduduk nya adalah terdiri dari 80 peratus pekerja ladang JTOP dan 10 peratus kakitangan awam.Pekerjaan utama  penduduk disini adalah sebagai buruh ladang JTOP. Bilangan rumah pada masa itu ialah 320 rumah kos murah (FASA 1) Kawasan penempatan Bandar Mas ini berhampiran dengan penempatan Felda Papan Timor dan Felda Sungai Mas.

 

1.  Luas Kawasan :   638 ekar
      2.  Jumlah rumah  :  520 buah + 110 buah (Rumah Baru) = 630  buah
      3.  Jumlah Penduduk : 1504 orang (Bancian tahun 2010)
      4.  Jarak dari Kota Tinggi   : 40 Km.
      5.  Jarak dari Sungai Rengit       : 38 Km
     6.  Kemudahan Pendidikan

                6.1 Sekolah Menengah                   1 buah
                6.2 Sekolah Rendah                        1 buah
                6.3 Sekolah Agama                         1 buah
                6.4 Tadika Kemas                            1 buah
            6.5 Bangunan Sosial JKKMB Bandar Mas      1 buah

7.  Kemudahan tempat beribadat

7.1 Masjid                                                1 buah

    8.  Kemudahan aktiviti sukan dan Rekreasi

8.1 Dewan Badminton                             2 buah
                      8.2 Padang bola                                      2 buah            
                      8.3 Taman permainan kanak kanak        3 buah
                      8.4 Gelanggang Futsal                            1 buah

    9.  Kemudahan Perniagaan

            9.1 Gerai                                                 10 buah
                 9.2 Kedai                                                 20 buah
                 9.3 Bangunan IKS                                   4 buah


10.Kemudahan Asas Yang Lain

                10.1 Kemudahan Jalan raya
                10.2 Kemudahan Bekalan Elektrik
                10.3 Kemudahan Bekalan Air Terawat

 

Monday, September 24, 2012

JUALAN DAGING LEMBU

JKKMB  Bandar Mas melalui Biro Ekonominya telah menjalankan aktiviti menjual daging lembu sempena Syawal yang lalu. Sebanyak 9 ekor lembu telah disembelih dan kesemua daging lembu ini dijual di Bandar Mas, Felda Air Tawar 4, Teluk Sengat dan Felda Air Tawar 5.

Jualan daging lembu  di Bandar Mas
 
Encik M Said sedang melapah daging lembu di Bandar Mas.
 


MARHABAN DAN ZIARAH

Bersempena dengan bulan Syawal yang lalu. JKKMB Bandar Mas melalui Biro Agamanya telah menjalankan aktiviti Marhaban dan Ziarahnya mengikut seksyen. Lebih dari 20 buah rumah telah sempat diziarahi. Antara rumah yang telah diziarahi termasuklah rumah TUAN IMAM BARDHAN DAN TUAN IMAM MISTI HJ SIKAM dan rumah NAIB  PENGERUSI  JKKMB BANDAR MAS.

 

TAMAN KOMUNITI BANDAR MAS





PELANCARAN TAMAN KOMUNITI BANDAR MAS
3 Jun 2012 (Ahad).
Disempurnakan oleh: Pn Hamimah Mansur (ADUN PENAWAR)



 
 








Kejayaan Bandar Mas

 

Ihtifal Kesenian Islam Sempena Maulidur Rasul Bandar-Bandar Baru KEJORA 2012

Tahniah atas kejayaan pasukan Bandar Mas yang mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan nasyid dan masakan  .


PELAN SUSUR ATUR BANDAR MAS


PERLEMBAGAAN JKKMB




PERLEMBAGAAN
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN MASYARAKAT
BANDAR-BANDAR KEJORA
PINDAAN 2009

MATLAMAT DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN
MASYARAKAT BANDAR-BANDAR BARU KEJORA


Baca  Lanjut:
http://lbjt.gov.my/web/guest/perlembagaan_jkkmb

MATLAMAT JKKMB

1. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam satu sistem pentadbiran berbentuk demokrasi dan pemuafakatan terutamanya di dalam menyelesaikan masalah kemasyarakatan yang timbul di bandar-bandar.
2. Merapatkan perhubungan dan kerjasama di antara penduduk, majikan-majikan, pengurusan KEJORA dan agensi-agensi Kerajaan yang ditempatkan di bandar-bandar tersebut.
3. Menyediakan saluran kepada penduduk untuk mengemukakan masalah, pandangan atau melaksanakan sesuatu kegiatan bagi kepentingan penduduk.
4. Menyediakan satu badan induk untuk mengawasi, membimbing dan membantu biro-biro, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan Jawatankuasa-Jawatankuasa lain di bandar-bandar tersebut dalam menjalankan kegiatan mereka.
Tugas dan Tanggungjawab
1. Menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil/Biro:
a) Biro Ekonomi
b) Biro Pendidikan
c) Biro Belia dan Sukan
d) Biro Agama
e) Biro Wanita
f) Biro Keselamatan
g) Biro Kebajikan
2. Menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa serta tarikh mesyuarat lain yang berkaitan dengan Jawatankuasa.
3. Mengendalikan segala tindakan dan rancangan JKKMB dan menyelaras serta mengawasi tugas-tugas dan perjalanan biro-biro.
4. Menyokong serta membantu mencapai matlamat dan tanggunjawab Jawatankuasa.
5. Mengumpulkan data-data dan maklumat-maklumat yang lengkap mengenai bandar seperti penduduk, kegiatan-kegiatan kemasyarakatan dan maklumat-maklumat lain tentang sosio-ekonomi dan mengemaskinikannya dari masa ke semasa bagi tujuan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan projek-projek pembangunan dan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang dijalankan di bandar dan kawasan berhampiran.



6. Berhubung rapat dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain untuk tujuan mengeratkan perpaduan.
7. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengadakan rancangan-rancangan dan kegiatan-kegiatan keagamaan untuk meningkatkan keimanan di hati penduduk dengan tujuan menegakkan syiar Islam dan menjadikan peraturan Agama Islam sebagai cara hidup seharian.
8. Mengenalpasti kekuatan dan ciri-ciri positif yang terdapat di bandar-bandar dan menggunakannya dengan baik untuk membangunkan bandar disamping menghapuskan sikap suka meminta-minta atau mengharap bantuan dari luar sahaja.
9. Memastikan penjagaan, penggunaan dan penyelenggaraan yang baik dan berkesan ke atas kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di bandar-bandar dan juga bangunan-bangunan atau alat kelengkapan yang digunakan oleh orang ramai.
10. Faham tentang dasar-dasar KEJORA dan Kerajaan, matlamat-matlamat pembangunan dan cara pentadbiran KEJORA dan Kerajaan serta bersedia untuk memberikan penjelasan-penjelasan mengenainya kepada penduduk apabila diminta dan dikehendaki.
11. Sentiasa peka terhadap apa juga perkembangan atau kejadian-kejadian yang berlaku di bandar seperti kejadian jenayah, pendatang haram, kegiatan agama yang menyeleweng, wabak penyakit atau apa jua masalah dan isu serta mengambil tindakan dengan segera seperti menghubungi Jabatan-Jabatan yang berkenaan dengan tujuan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
12. Sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan Penghulu-Penghulu dan Jabatan-Jabatan Kerajaan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Pertanian, Jabatan Bekalan Air, Balai Polis dan sebagainya agar masalah-masalah di bandar-bandar tersebut dapat diuruskan dengan jabatan berkenaan.
13. Melalui kegiatan JKKMB bekerjasama serapat-rapatnya dengan Kerajaan untuk membanteras musuh-musuh negara.
 

SENARAI AJK

NO JAWATAN NAMA
1 Pengerusi En. Hamzah b. Hj. Isa

Pengerusi Ganti En. Noorazmi b. Sahar
2
Naib Pengerusi Tn. Hj. Anwal b. Mohd Juah
3 Setiausaha En. Raze b. Mostam
4 Pembantu Setiausaha -Cik Ruziana bte Mohamed Hussin
5 Bendahari Tn. Hj. Jalil b. Paimin
6 Ahli Jawatankuasa Tn. Hj. Shamsudin b. Mallawa
7

En. M. Said b. Sahmad
8 Pn. Roain bte Kodin
9 En. Mohd Sairi b. Mahmood
10 En. Sanif b. Salim
11 En. Abd. Kadir b. Mohd Yunus
12 En. Kamal b. Abu
13 Tn Hj Ali bin Md Sani
14 En. Khairul Anuar b. Othman
15 En. Pauzi b. Mohamed
16 En. Misiran b. Ahmad
17 En. Abdullah Sani b. Tukachil @ Juhari
18 En Ramli bin Abas
19 En. Afandi b. Ngadiman
20 En Sa'aut bin  Mohd Said
   

TENTANG KOTA TINGGI

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi. Terdapat 10 buah mukim di dalam daerah ini yang mengandungi lebih 200,000 penduduk yang merangkumi 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan bandar baru KEJORA.

Nama Kota Tinggi juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kota Tinggi adalah nama yang terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai.
   

Terdapat 4 buah bandar dan pekan yang penting di sekitar Daerah Kota Tinggi iaitu Bandar Kota Tinggi yang merupakan pusat pentadbiran yang utama bagi penduduk daerah ini, Pekan Sungai Rengit, Pekan Teluk Sengat dan Pekan Sedili Besar. Terdapat juga beberapa buah bandar baru yang telah diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu Bandar Penawar, Bandar Tenggara, Bandar Mas, Petri Jaya dan Bandar Perani.