Wednesday, September 26, 2012

SENARAI NAMA PENGERUSI JKKMB BANDAR MAS


1 .TUAN HJ. ABAS BIN SAWAN                         1985 – 1990
           2 TUAN HJ. SHAMSUDDIN BIN HASSAN          1991 – 1999
           3 EN ROHANI BIN BERAK                                  2000 – 2008
           4 EN HAMZAH BIN HJ. ISA                                 2010 - 2012

 
       SENARAI NAIB PENGERUSI JKKMB BANDAR MAS  1985 – 2012

         1 TUAN HJ. SALLEH B. QURAISY                   1985 – 1988
             2 TUAN HJ. ABD. RAHMAN B. ABDULLAH     1989 -  1990
             3 TUAN HJ. SAMURI BIN SAIMON                  1991 – 1995
             4 TUAN HJ. FAZOLI BIN YUSOF                     1996 – 2000
            5 TUAN HJ. SAMURI BIN SAIMON                   2001 – 2002
            6 TUAN HJ. ANWAL BIN MOHD JUAH             2003 – 2006
            7 EN. M. SAID BIN SAHMAT                             2007 – 2009
            8 TUAN HJ. ANWAL BIN MOHD JUAH              2010 - 2012

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BANDAR MAS


JKKMB Bandar Mas ditubuhkan pada tahun 1985 dan bertujuan untuk
membantu penduduk memajukan masyarakat kawasan penempatan bandar dari aspek pembangunan ummah dan fizikal bandar baru. Bandar Mas ini merupakan bandar baru yang dilahirkan oleh pengurusan KEJORA yang menempatkan penduduk yang datang dari berbagai pelusuk Negeri Johor. Pada mulanya penduduk nya adalah terdiri dari 80 peratus pekerja ladang JTOP dan 10 peratus kakitangan awam.Pekerjaan utama  penduduk disini adalah sebagai buruh ladang JTOP. Bilangan rumah pada masa itu ialah 320 rumah kos murah (FASA 1) Kawasan penempatan Bandar Mas ini berhampiran dengan penempatan Felda Papan Timor dan Felda Sungai Mas.

 

1.  Luas Kawasan :   638 ekar
      2.  Jumlah rumah  :  520 buah + 110 buah (Rumah Baru) = 630  buah
      3.  Jumlah Penduduk : 1504 orang (Bancian tahun 2010)
      4.  Jarak dari Kota Tinggi   : 40 Km.
      5.  Jarak dari Sungai Rengit       : 38 Km
     6.  Kemudahan Pendidikan

                6.1 Sekolah Menengah                   1 buah
                6.2 Sekolah Rendah                        1 buah
                6.3 Sekolah Agama                         1 buah
                6.4 Tadika Kemas                            1 buah
            6.5 Bangunan Sosial JKKMB Bandar Mas      1 buah

7.  Kemudahan tempat beribadat

7.1 Masjid                                                1 buah

    8.  Kemudahan aktiviti sukan dan Rekreasi

8.1 Dewan Badminton                             2 buah
                      8.2 Padang bola                                      2 buah            
                      8.3 Taman permainan kanak kanak        3 buah
                      8.4 Gelanggang Futsal                            1 buah

    9.  Kemudahan Perniagaan

            9.1 Gerai                                                 10 buah
                 9.2 Kedai                                                 20 buah
                 9.3 Bangunan IKS                                   4 buah


10.Kemudahan Asas Yang Lain

                10.1 Kemudahan Jalan raya
                10.2 Kemudahan Bekalan Elektrik
                10.3 Kemudahan Bekalan Air Terawat

 

Monday, September 24, 2012

JUALAN DAGING LEMBU

JKKMB  Bandar Mas melalui Biro Ekonominya telah menjalankan aktiviti menjual daging lembu sempena Syawal yang lalu. Sebanyak 9 ekor lembu telah disembelih dan kesemua daging lembu ini dijual di Bandar Mas, Felda Air Tawar 4, Teluk Sengat dan Felda Air Tawar 5.

Jualan daging lembu  di Bandar Mas
 
Encik M Said sedang melapah daging lembu di Bandar Mas.
 


MARHABAN DAN ZIARAH

Bersempena dengan bulan Syawal yang lalu. JKKMB Bandar Mas melalui Biro Agamanya telah menjalankan aktiviti Marhaban dan Ziarahnya mengikut seksyen. Lebih dari 20 buah rumah telah sempat diziarahi. Antara rumah yang telah diziarahi termasuklah rumah TUAN IMAM BARDHAN DAN TUAN IMAM MISTI HJ SIKAM dan rumah NAIB  PENGERUSI  JKKMB BANDAR MAS.

 

TAMAN KOMUNITI BANDAR MAS





PELANCARAN TAMAN KOMUNITI BANDAR MAS
3 Jun 2012 (Ahad).
Disempurnakan oleh: Pn Hamimah Mansur (ADUN PENAWAR)



 
 








Kejayaan Bandar Mas

 

Ihtifal Kesenian Islam Sempena Maulidur Rasul Bandar-Bandar Baru KEJORA 2012

Tahniah atas kejayaan pasukan Bandar Mas yang mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan nasyid dan masakan  .


PELAN SUSUR ATUR BANDAR MAS